
![]() |
Menara Taming Sari |
Harga Tiket: Dewasa RM 20.00
Kanak-kanak: RM10.00(dengan mykad : kurang 50%)
Waktu operasi : 10:00 pagi – 10:00 malam
MUZIUM SAMUDERA
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugisberukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka. Terdapat banyak ilmu yang dapat kita timba ketika melewati Muzium Samudera.
Harga Tiket : Dewasa: RM 3.00
Kanak-kanak/Pelajar:RM 1.00
Waktu Operasi : Isnin hingga Khamis 9.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat hingga Ahad 9.00 pagi - 9.00 malam
Tutup: Hari Raya Pertama Aidil Fitri dan Aidil Adha
No comments:
Post a Comment