MENARA TAMING SARI & MUZIUM SAMUDERA


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar HilirMelaka (bersebelahan Dataran PahlawanMenara ini dapat berputar 360 darjah dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri.Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang.  Pastinya dengan keindahan  Selat Melaka yang luas serta pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan mereka tidak akan mudah dilupakan serta meninggalkan kenangan. Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan.
Menara Taming Sari


Harga Tiket: Dewasa RM 20.00 
                 Kanak-kanak: RM10.00(dengan mykad :                    kurang 50%) 

Waktu operasi : 10:00 pagi – 10:00 malam








MUZIUM SAMUDERA


Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugisberukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial PortugisBelandaInggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka. Terdapat banyak ilmu yang dapat kita timba ketika melewati Muzium Samudera.

Harga Tiket : Dewasa: RM 3.00
                    Kanak-kanak/Pelajar:RM 1.00

Waktu Operasi : Isnin hingga Khamis 9.00 pagi - 5.30 petang
                        Jumaat hingga Ahad 9.00 pagi - 9.00 malam
                        Tutup: Hari Raya Pertama Aidil Fitri dan Aidil Adha

No comments:

Post a Comment